Akademi Menara Gading

bersama mengejar impian | one web one unity

Latest Activity

nur izatul and Effa Radzlia are now friends
19 hours ago
Masliani and Nur Fadzilah are now friends
19 hours ago
Wan Nur Arifah binti Wan Ismail is now a member of Akademi Menara Gading
yesterday
Nur Azwa Zulaika Mohd Zainaidi is now a member of Akademi Menara Gading
Monday
alina sakinah and Azhana Haziqah Azmi are now friends
Monday
muhammad afiq afnan bin adenan is now a member of Akademi Menara Gading
Aug 21
NORAINI and umi saleha are now friends
Aug 21
Khairunisya Opie and Amirah Adilah are now friends
Aug 12

Events

 

Tentang AMG


LATAR BELAKANG AKADEMI MENARA GADING

Akademi Menara Gading dulunya dikenali sebagai Projek Menara Gading adalah projek jangka panjang dalam membantu masyarakat khasnya kawasan luar bandar bagi memperbaiki taraf hidup. Akademi yang dinaungi oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah, adalah hasil usahasama tiga agensi iaitu Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur, Yayasan Istana Abdulaziz dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Akademi Menara Gading telah mula dilancarkan pada 21 Mei 1999 dan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah.

TUJUAN PENUBUHAN

Akademi Menara gading ditubuhkan adalah di atas perkenan dan ilham KYDTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Hj. Ahmad Shah Al-mustai’n Billah melalui Yayasan Istana Abdulaziz bagi sama-sama membantu meningkatkan kualiti pendidikan pelajar-pelajar yang terdiri daripada anak-anak yatim dan kurang bernasib baik dari kawasan luar bandar.Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, tindakan yang sistematik perlu diambil untuk menampilkan ahli masyarakat luar bandar yang telah berjaya untuk turut serta membantu, membimbing serta merangsang pelajar-pelajar luar bandar agar dapat mencontohi mereka. Sejajar dengan itu, Projek Menara Gading telah ditubuhkan dan kini lebih dikenali sebagai Akademi Menara Gading. Ini kerana, pembelajaran adalah aset terpenting kepada setiap individu bagi menjamin kehidupan yang lebih sempurna.Tanpa ilmu pengetahuan, kemahiran dan kesedaran yang tinggi, adalah sukar bagi seseorang untuk mencapai kecemerlangan di dalam hidup dan seterusnya mengubah nasib keluarga di masa akan datang.AMG yang telah berjalan hampir sedekad ini telah membuktikan seandainya diberi peluang dan pendekatan yang bersesuaian, pelajar-pelajar yang tidak bernasib baik ini juga boleh mengecap kejayaan.Ini terbukti dengan kejayaan peserta-peserta dari kohort I hingga kohort IV yang membanggakan. Oleh itu, AMG Kohort V ini patut diteruskan untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang di masa hadapan.

OBJEKTIF PENUBUHAN

Objektif Akademi Menara Gading lebih menjurus kepada pembangunan pendidikan di negeri Pahang, khususnya bagi pelajar-pelajar miskin dan ank-anak yatim. Antara objektifnya ialah seperti berikut:

• Menyediakan satu program khas bagi anak yatim dan miskin di seluruh negeri Pahang dengan bimbingan berterusan berdasarkan modul yang di rancang secara sistematik selama dua tahun bagi memastikan para peserta berjaya meningkatkan prestasi akademi dan menjejakkan kaki ke menara gading.

• Melatih para peserta yang mengikuti program Akademi Menara Gading anjuran Yayasan Istana Abdulaziz berkaitan kemahiran interpersonal dan komunikasi terutamanya dalam Bahasa Inggeris.

• Menyediakan perpustakaan dan pusat tuisyen bagi membantu pelajar-pelajar yang kurang mampu mengikuti tuisyen berbayar dan tidak mempunyai tempat belajar yang selesa.

• Menyediakan pusat internet bagi memberi peluang kepada golongan yang miskin di sekitar Bandar Kuantan untuk sama-sama dapat menggunakan kemudahan yang disediakan.

• Menyediakan program motivasi bagi pelajar-pelajar di luar bandar untuk meningkatkan prestasi akademik.

• Menerbitkan buku-buku bagi kegunaaan pelajar dan masyarakat ke arah pengayaan ilmu dan meningkat minat untuk membaca di kalangan pelajar dan masyarakat.

• Menyediakan bantuan kewangan yang miskin yang cemerlang untuk ke menara gading.

IKRAR PROJEK MENARA GADING

“Bahawa dengan sesungguhnya
kami berikrar
akan mengikuti
Projek Menara Gading
dengan penuh dedikasi,
amanah
bertanggungjawab
dan berkorban apa sahaja
bagi mencapai keputusan SPM yang cemerlang.
Kami juga berikrar dan berjanji
akan menjejakkan kaki
ke menara gading
demi membuktikan
kami adalah
pilihan yang tepat bagi projek ini.”

Photos

Loading…
  • Add Photos
  • View All

Forum

amg 1 Reply

assalamualaikum...saya bermint na join akademi menara gading ini....boleh bgtau x bagai mana ingin menyertai sekiranya boleh...saya batch '97Continue

Started by zul. Last reply by Haziq Ammar Jul 7.

tag line for each kohort! hahahaha .. sory lambat da! vote la maner yg patot 16 Replies

pilih la mane patot, aku da bg reasons ag utk tag nie. kalo salah ayat or eja tu, pandai2 r repair ek??? HOHOHOHOHO...1 Our Goal Our Accountability. ( matlamat kita ,kebertanggungjawab kita)->…Continue

Started by FaIQ. Last reply by Aysha Karim Dec 14, 2013.

✿ baju amg new!! ✿ 28 Replies

salam sume...ktowg nk wat bju amg...cam bju rasmi amg la....sume batch amg boley beli..design dia ala2 cam kat gamba nieyh...ada design for men and women...setlh diservey harga oleh cik hadi....bju…Continue

Started by one-nie. Last reply by Aysha Karim Dec 14, 2013.

WEBSITE AMG, ADALAH WEBSITE PELAJAR CEMERLANG,ADAKAH BUDAYA KITA BERTINDAK SEBAGAI PELAJAR CEMERLANG? 12 Replies

Assalamualaikum semua, tahniah kepada semua yang telah menceriakan website kita ni, saya dengan merendah diri nya, meminta kawan-kawan semua, tunjuk kan budaya amg itu sendiri dan pamerkan la sikap…Continue

Started by nor shazlina binti zakaria. Last reply by Aysha Karim Dec 14, 2013.

 
 
 

Members

Groups

© 2014   Created by Akademi Menara Gading.   Powered by

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service